Thursday 25 July 2013

SEMBAHYANG. TANYALAH DIRI SENDIRI.?


Pernahkah kita bersedih tertinggal sembahyang? Pernahkah susah hati terlewat mengerjakannya? Pernahkah terasa rugi tertinggal jemaah mendirikan sembahyang? Pernahkah kita risau hati lalai di dalam sembahyang? Pernahkah terasa berdosa tidak beradab menghadapi Tuhan? Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Setiap orang boleh menilai dirinya. Tanyalah diri kita akan dapat jawapannya. Bila dapat jawapannya engkau kenal diri engkau. Bila engkau kenal diri engkau, engkau kenal siapa engkau. Kalau engkau kenal diri engkau engkau tidak akan nampak lagi kejahatan orang lain. Begitulah beberapa pertanyaan yang kita ajukan. Sebagai contoh untuk bertanya diri sendiri yang tidak disebutkan kita datangkan atau fikirkan tentu kita juga akan dapat jawapannya. Cara ini adalah salah satu cara buat kita menilai diri jika kita mahu menilai diri sendiri. Lebih-lebih lagi jika hendak membaiki diri tapi berapa ramaikah orang boleh ikut jalan ini?!

Comments
3 Comments

3 comments:

  1. betul tu, semoga menjadi iktibar kepada mat jo serta rakan-rakan blogger yang lain. terima kasih tuan rumah kerana berkongsi kata-kata penyedar kepada mat jo

    ReplyDelete
  2. suka pulak baca post kat blog ni....byk pasal keagamaan.... (Y)

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih, Musafir masih belajar dan berkongsi apa yang dipelajari. Moga mendapat manfaat bersama.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...